Tuesday, July 17, 2012

PENGAGIHAN BAJA KOKO KALI KEDUA 2012


Alhamdulillah tahun ni sudah kali kedua tahun 2012 petani-petani koko Kg. Pulau Nyior telah mendapat baja yang diagihkan oleh lembaga Koko Malaysia, Hilir Perak (TOT). seramai 15 orang petani yang mendapat baja tersebut, tempat yang diagihkan di rumah Tn. Haji Zainuddin.. Beliau selaku pengerusi kelompok koko Pulau Nyior sangat sibuk berkemas dan terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur untuk menziarahi anak beliau yang akan bersalin, dapat juga beliau meluangkan masa bersama dengan petani-petani lain untuk penerimaan baja.. Semoga beliau dan keluarga selamat pergi dan pulang ke kampung halaman.

Ni lah Pengerusi Kelompok Koko Pulau Nyior
Memandangkan pengagihan baja ini hanya di beritahu oleh En. Izwal Anuar 3 hari yang lalu, akhirnya dapat berjalan dengan lancar walaupun masa perjumpaan singkat sahaja dan dapat beramah mesra sesama petani-petani dan bertukar-tukar pendapat.


sambil-sambil borak dan mendengar amanat dari penyelia kawasan

Para petani setia mendengar amanat yang diberikan...
hehehhe

En. Anuar berharap baja yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin


Tn. Hj. din yang telah siap untuk bergerak ke K.L

Komen-komen dan sebarang pertanyaan yang di ajukan pada En. Anuar
Akhirnya majlis pengagihan baja berakhir jam 11.00 pagi, semua yang hadir kena lah bawa balik baja masing-masing. sekiranya hilang tuan pengerusi tidak bertangungjawab kerana beliau tidak berada dirumah untuk beberapa hari...

macamana pun pandai-pandailah para petani mengangkut baja-baja untuk dibawa pulang....dan akhirnya majlis dengan ucapan selamat berpuasa.....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK UNTUK SEMUA PETANI-PETANI KOKO PULAU NYIOR DAN SEMUA YANG MEMBACA...

No comments:

Post a Comment