POST KALI INI JUALAN TEBU DIMUSIM BULAN PUASA
Alhamdulillah dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak rezeki para peniaga melimpah ruah, yang mana sebelum tibanya bulan ramadan tidak berniaga, dengan datangnya ramadan menambahkan pendapatan untuk ditampung diwaktu hari perayaan aidilfitri. Jadi tidak salah untuk kita mencari rezeki asalkan rajin dan berusaha, insyallah dapat hasilnya, orang tua-tua (veteran ) selalu berkata rezeki ada dimana-mana, yang penting mahu dan tidak ja...disamping kita jangan tinggalkan amalan sunat di bulan ramadan seperti membaca al-quran, solat terawih dan berzikir..... jadi kita dapat hasil lagi berlipat ganda iaitu dunia dan akhirat.....jadi marilah beramallllll...
Ayah sedang menebang tebu untuk memenuhi permintaan pelanggan
|
Longgokkan tebu sebelum timbang |
Tebu yang telah di timbang |
Sejuk mata memandang bila tengok abis ditebang |
Ni Abe Shuhaimi menjual tebu secara suka-suka, wahal keje hakiki adalah seorang pomen(mekanik) dan broker jentera berat |
Ayah saya adalah sumber inspirasi dan kekuatan saya dalam bidang pertanian, kerana beliau bertungkus lumus dan sentiasa memberi semangat,, terima kasih ayah |
Walaupun baru beberapa hari berpuasa permintaan tebu sangat memberangsangkan, setiap hari kena tebang lebih kurang 10 pikul (600 kg) untuk memenuhi permintaan pelanggan...Semoga bekalan tebu mencukupi sepanjang Bulan Ramadan Al-Mubarak........
No comments:
Post a Comment