Wednesday, September 5, 2012

PROJEK TANAMAN DI KBB KODIANG FASA PERTAMA

PADA 9/8/2012 adalah merupakan hari pertama kami memulakan projek tanaman pisang berangan di KBB Kodiang.. memandangkan kawasan untuk tanaman tidak lah berapa luas jadi lebih kurang anggaran 50 pokok aja yang boleh ditanam di tapak tersebut.


pandangan berhadapan tepi

Cek Mad sedang menanam pisang

Mike Romeo sedang menggali lubang


Itulah serba sedikit cerita berkenaan projek tanaman pisang berangan di KBB Kodiang

BERBUKA PUASA DI KEBUN TEBU

MAJLIS BERBUKA PUASA DI KEBUN TEBU

kebiasaanya orang akan mengadakan majlis berbuka puasa di hotel2,masjid2 dan sebagainya. tapi bagi kami plak lain cite nya kerana berbuka puasa di kebun tebu..nak tau cite nya tunggu....

citenya cmni, kami mendapat tempahan tebu dari kulim sebanyak 3.5tan, ingatkan sikit jumlah tu...so terima jelah..pelanggan nak siapkan tempahan dalam masa dua hari...aduhai bukan kepalang jadinya dengan nk cari org utk tebang pun susah tambah-tambah lg org muda skrg, dh tu pula dalam bulan puasa..so terpaksa la tebang sendiri dengan kekuatan 3 orang sahaja..

alhamdulillah dalam masa dua hari dapat siapkan tempahan 3.5 tan dari kulim..
syukurrrrrrrrr sangat2, tapi tempahan tu pun dh hujung2 ramadan..klu awal kn best...heheheh tu dalam dok syukur, ada juga yang tak puashati kn..biasa la manusia ni...insaf 3x...

*sebahagian gambar yang sempat di ambil....untuk jamu mata

walaupun di penghujung ramadan masih banyak tebu dikebun

hai bila la nk abiskan tebu ni, nanti senang sikit nk bakar




alat penimbang tebu

tebu yang dh siap ikat

bahagi dua kumpulan timbang dan tebang

dah siap tebang, buat longgok supaya senang nk timbang dan ikat

perlukan ramai orang utk siapkan tempahan 5 tan dalam masa 2 hari

memang penat rasanya, tapi alhamdulillah berbaloi la juga

waktu berbuka puasa pun tak lama dah

berhenti sekejap untuk berbuka, kemudian sambung balik tempahan tebu

walaupun menu berbuka puasa banyak, tapi rasa tak lalu nak makan dah lagi tak siap tempahan,,selepas minum air sambung balik


terpaksa berbuka puasa di kebun tebu kerana untuk siapkan tempahan yang akan dihantar ke kulim


maaf la kerana dh lepas bulan ramadan bru dapat mengemaskini info-info yang terkini

Thursday, August 30, 2012

MAKANAN TRADISI ORANG DULU

Alhamdulillah dapat juga saya mengemaskinikan blog yang tak seberapa ini...

kali ini tajuknya makanan tradisi orang dulu (orang tua-tua la senang cite), iaitu zaman penjajah jepun tok & wan kita dulu...Nama makanan ini orang sebelah kedah di pangil Lampung Ubi, manakala sebelah perlis pangil sira ubi...jadi len tempat len nama...

makanan ni jarang-jarang orang buat sebab rumit kerana penjagaan memakan masa yang lama...jadi saya postkan gambar serba sedikit tentang proses untuk melakukan lampung ubi ni...
ubi kayu

ubi yang dh siap diproses 

mesin tebu untuk dapatkan airnya

proses untuk membuat lampung ubi

tengok macam senang kan, cubalah try

ubi yang dh siap empuk

pentingnya menjagaan api, maklum la dapur kayu, klu dapur gas hah siap la bertong2 nak kna sediakan

air tengah mendidih dan ubi pun dah hampir masak@empuk

sejat biar kering 

lampung ubi yang dah siap masak dan boleh dimakan

ini bos kecik, siap bermisai air kopi gitu
Itulah sebahagian daripada gambar yang sempat diambil untuk memproses Lampung Ubi, kepada sesiapa yang berminat atau teringin atau mengidam atau nak try rasa boleh order nanti....rashid 0125692472

kalau ada kesilapan@menambahbaikkan, sila la komen
sekian

Tuesday, July 31, 2012

PEMBERSIHAN POKOK KABU DI KBB KODIANG


Tarikh 31/7/2012 - Semua kakitangan menjalankan operasi gotong royong untuk membersihkan pokok kabu yang telah ditebang dan membersihkan semak samun disekitar Plot Kulan KBB Kodiang.

Ini sebahagian daripada gambar yang telah diambil semasa menjalankan operasi tersebut...

Operasi untuk membersihkan pokok kabu yang telang ditebang berdekatan dengan plot padi KBB Kodiang

Melibatkan semua kakitangan KBB Kodiang

Tengok pada batang macam berat, tapi ringan ja....hehehhe

En. Subri bin Mat pun melibatkan diri untuk membersihkan kawasan

Tu Mohd Rashid sedang mengerat batang kabu supaya mudah untuk diangkat


Nasib la ada mesin kerat kayu (chain saw) khairul, klu tidak mungkin tak dapat dilaksanakan lagi

Masing-masing memainkan peranan menghimpun kayu-kayu yang telah dikerat untuk dibakar 

Nampak macam sikit, tapi banyak la juga

En. Hamid sedang mengayakan macam mana untuk memotong kayu


Ni selepas dibersihkan pokok kabu

Tamatlah sudah gotong royong untuk membersihkan kawasan pokok kabu di KBB Kodiang

Sunday, July 29, 2012

PEMBANGUNAN PROJEK TANAMAN KONTAN DI KBB KODIANG

TARIKH PROJEK DIMULAKAN : 30/7/2012

En. Mad sedang meracun tanah terbiar untuk diusahakan projek tanaman

Meracun rumput

kawasan bersebelahan dengan Plot KULAN BIO HERB KBB Kodiang

Dua dalam satu


Pandangan menghala KBB Kodiang
Insyallah projek ni akan diupdate dari semasa ke semasa

Rahsia Bulan Kelahiran Dr Fadhilah Kamsah

SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRI SENDIRI

Petikan daripada

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Wednesday, July 25, 2012

LAWATAN KE PROJEK TERNAKAN KELULUT DI MERBOK


Lawatan ke projek ternakan kelulut di Merbok pada hari jumaat 8/6/2012


Serba sedikit info yang saya tahu berkenaan penternakan kelulut di merbok...
Penternakan ini dijalankan didalam kawasan dusun yang mempunyai keluasan lebih kurang 20 relong yang memiliki tanaman tropika seperti durian, rambutan, cempedak dan lain-lain..

penternakan kelulut ini bermula lebih kurang 2 tahun yang lalu (kalau tak silap tahun 2010), sekarang telah memiliki 200 lebih sarang ternakan kelulut, dan mempunyai beberapa cawangan yang lain..

itu ja serba sedikit info berkaitan penternakan kelulut di Merbok.

Gambar haikal

Indahnya ciptaan ukiran dengan nama ALLAH

Beginilah cara ternakan kelulut

Ayah kagum melihat serombong(lubang untuk kelulut masuk)

Tiga beranak bergambar Haikal, Fasehah dan Faizah

Team ternakan kelulut merbok

Sifu yang banyak tunjuk ajar cara penternakan

Teknik mengambil madu kelulut tanpa menghapuskan kelongsong madu


Bersama pengusaha Ternakan kelulut merbok

Ayah sedang mendapatkan info dan blh rasa madu kelulut

Cantiknya kantung madu kelulut

Rasa jangan tak rasa, bukan senang nak dapat klu tak masuk hutan

Penerangan lebih lanjut berkaitan ternakan kelulut

Dulu mata abg ni tak nampak, dengan rawatan madu kelulut akhirnya dapat melihat seperti biasa

Setiap lubang katung ada madunya

Perbincangan untuk menternak madu kelulut
Hasil daripada lawatan tersebut, kami telah mendapat inspirasi dan mengetahui serba sedikit bagaimana untuk menternak kelulut, apa yang penting dalam penternakan ini adalah untuk mendapatkan kelulut di dalam hutan. Jadi lepas ni kena selalu masuk hutan untuk mencari sarang kelulut... baru boleh menternak kelulut.
sekian